Persoalan:[[Walaupun babi makhluk ALLAH....
Umat Islam tidak dibenarkan memelihara babi....
Pemimpin umat islam tidak dibenarkan meluluskan pembinaan
pusat penternakan babi!!!

benda-benda haram tidak boleh dijual beli secara terbuka
dalam negara islam.... sama dengan daging babi...

dan turunnya Nabi Isa di akhir zaman...
akan membunuh semua babi-babi yang ada dibumi ini...

Rasulullah Salawatu Alai Wasalam bersabda, “Demi Allah yang jiwaku ada di tanganNya,
sungguh akan turun di tengah kalian Ibnu Maryam (Isa) as sebagai hakim
yang adil. Ia akan memecahkan salib-salib, membunuh babi-babi dan
menggugurkan jizyah serta membagikan harta hingga tidak ada yang
menerimanya seorang pun”
[HR Bukhari & Muslim].

Nabi Isa akan turun kedunia nanti akan menghapuskan babi-babi...
Mengapakah pemimpin islam yang ada sekarang mahu membela
babi dengan mewujudkan pusat penternakan babi moden?? ]]]

jawab: Nabi Isa bukan sahaja akan membunuh babi, tetapi juga memecahkan salib.

Untuk pengetahuan saudara, jika lihat di dalam piagam madinah sendiri pun dibenarkan orang yang bukan Islam untuk bebas menjalankan kehidupan mereka sendiri. Bebas untuk beribadat, bebas untuk melaksanakan tugas seharian mereka dengan mengikut perundangan yang telah ditetapkan.

Jika rasional hadith tersebut hanya diambil untuk menghalang babi daripada diternak di negara Islam. Apa cerita pula mengenai pembinaan gereja? pembinaan kuil-kuil, bagaimana pula dengan adat agama lain selain dari agama-agama tersebut seperti makan biawak, menternak ular sendiri?

Islam adalah agama damai yang jika dijadikan dasar di dalam pemerintahan, setiap hak orang bukan Islam juga dijamin. Di dalam kes penternakan babi, sudah diterangkan relevannya mengapa ia dibuat dan disatukan di sebuah pusat bagi mengawal penternakannya dari penyakit berjangkit serta diberikan kemudahan yang lebih baik agar dapat diselenggarakan segala kumbahan dan sebagainya.

Jika kita lihat di negeri-negeri lain seperti Johor, melaka, negeri sembilan penternakan babi juga ada tetapi bandingkan bagaimana ia diuruskan?

Bagi saya - yang penting di sini adalah bagaimana umat Islam itu sendiri dapat memahami ajaran agama Islam itu sendiri dan mengamalkannya. Pemerintah Islam hendaklah berlaku adil kepada semua dan dalam masa yang sama mempertahankan agama Islam serta hak-hak umat Islam juga.

WaLlahua'lam