Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

11:42 AM Temuramah DSAI oleh Australia News Hours

Oleh remboe

"Ikuti Terjemahan penuh wawancara DS Anwar Ibrahim oleh Australia News Network pada 22/04/08.
Temuramah ini dikendalikan oleh Jim Middleton dalam rancangan News Hours with Jim Midleton.



Sila lihat video di sini

JM : Anwar Ibrahim, selamat datang ke News Hour.

DSAI : Terima kasih.

JM : Mari kita beralih seketika, mengapa kerajaan sebegitu teruk dalam pilihanraya lepas dan kenapa anda cemerlang sekali?

DSAI : Whoop...aaa....terima kasih. Dalam pilihanraya yang begitu palsu ini,mmm...kita berjaya menubuhkan dengan yakin..aaa...tapi, kita lakukan dengan sangat baik sekali, aaa...saya telah katakan, jika tiada pembatalan dakwat kekal, kita mungkin akan dapat majoriti mudah di parlimen. Tapi aaa, mereka dah lakukan, kerajaan Barisan Nasional kalah teruk kerana keangkuhan mereka, terang-terang sekali korup, tidak cekap. Dan aaa....Itu jelas daripada mandat rakyat.

JM : Dalam kejayaan ini, anda perlukan beberapa kerusi untuk mengambil alih kuasa, mengapa anda rasa ini boleh dicapai?

DSAI : Ia boleh dicapai, pertamanya kerana, ramai daripada...ahli parlimen yang telah menang, sekarang ini telah sedar, itu mmm....minat dan sokongan umum rakyat Malaysia, adalah bersama Pakatan Rakyat. Keduanya, yang berada di Sabah dan Sarawak, tidak punyai kesetiaan penuh, kepada kerajaan UMNO. Mereka mewakili kaum di Sabah yang sudah terpinggir. Dalam rancangan kita adalah nyata, sementara membantu ekonomi dan perkembangannya, kita tidak akan mengenepikan kaum-kaum yang terpinggir ini, golongan miskin dari pelbagai kaum. Saya rasa ini, ditambah dengan sokongan daripada Semenanjung, bukan sahaja daripada UMNO, tetapi juga ahli gabungan lain, orang Cina dan orang India, jadinya kita ada. Malah saya katakan pada 2 minggu lepas, bahawa kita sudah ada bilangannya. Isunya bila kita mahu bergerak, dan saya akan bersedia untuk bergerak, mmm....hanya apabila kita rasakan, yang kita ada bilangan majoriti yang selesa.

JM : Jadi anda pilih untuk bersabar untuk bermain permainan tunggu menunggukan?

DSAI : Ya, sebelum....harap-harap tidak terlalu lama, kerana saya fikir keadaan ekonominya, ialah yang utama, ia masih merudum dan lembap berbanding negara jiran, secara politiknya tidak stabil. Kita rasa terhutang dengan rakyat Malaysia, untuk memperbaiki ekonomi dengan bertindak pantas.

JM : Anda juga katakan perbincangan itu memerlukan, memperoleh sokongan anda perlu...tawarkan wang untuk mempengaruhi orang ramai, itu tidak demokratikkan?


DSAI : Kita sudah perjelaskan, jika ada mana-mana ahli parlimen ada baru sebarang petunjuk menunjukkan minat untuk dibiayai, maka ia akan dibatalkan. Tidak ada sebab mengapa, rakan-rakan UMNO, tahu UMNO bermasalah, hilang sokongan, tak akan pilih untuk agenda reformasi. Tiada alasan lagi, bagi orang Sabah dan Sarawak, tahu keadaan kita berkaitan royalti petroleum, mempertanggungjawabkan kita dengan isu pendidikan dan kesihatan. Kebajikan umum untuk yang miskin terpinggir, tak dipedulikan selama 4 setengah abad. Tak ada sebab mengapa mereka tak patut sokong kita. Mandat yang diberi sangat jelas. Jika mereka bicara soal etika dan moral, biar saya beritahu mereka, seluruh pilihanraya yang diadakan adalah tidak jujur, ia tidak beretika dan tidak bermoral. Kita sepatutnya menang. Tiada sebab mengapa kita perlu berbincang lagi. Jadi isunya di sini ialah, rakyat Malaysia yakin sekali kita mempunyai mandat, dan kita mahu mencapainya. Jika ada perjanjian, selepas itu kita akan perjelaskan. Kita gariskan dengan jelas. Tiada isu korupsi dan rasuah. Yang mana ia telah menjadi amalan gabungan pemerintah sekarang ini.

JM : Bagaimana dengan parti major lain seperti PAS, bolehkah anda perolehi kuasa tanpa sokongan mereka?

DSAI : Sekarang gabungan parti pembangkang Pakatan Rakyat ialah PKR ( Keadilan), PAS (Parti Islam Semalaysia) dan DAP. Kita telah lalui beberapa siri mesyuarat. Kita sudah bina satu pakatan yang hebat, dan kita telah rangkakan agendanya. Tiada isu berkaitan, menukar Malaysia menjadi suatu yang lain daripada negara demokratik dan liberal dengan jaminan perlembagaan keselamatan, freedom of conscious, kebebasan bersuara, kedaulatan undang-undang, pasaran ekonomi dan keadilan teragih. Itu semua sudah dibincangkan.

JM : PAS telah mengundurkan diskriminasi positif untuk orang Melayu dan negara yang sedang dikawal mereka. Pada pandangan anda, adakah ia idea yang bagus?

DSAI : Sekarang, polisi kita ialah menuju kepada Agenda Ekonomi Malaysia Baru. Kita tidak akan membiarkan golongan yang terpinggir dan miskin, lebih-lebih lagi di kalangan orang Melayu akan dilindungi. Tetapi seluruh pendekatan ini perlu.....dalam pendekatan baru yang bakal diperkenalkan. Maknanya kita perlu bantu semua rakyat Malaysia. Inilah polisinya sekarang yang diambil PAS, DAP di Pulau Pinang dan KeAdilan (PKR) di Selangor.

JM : Apakah jangkaan anda mengenai kerajaan yang akan anda sertai, bakal menjadi lebih islamik atau kurang islamik?

DSAI : Apa?Itu ialah...pada saya....Soalan itu tak begitu relevan. Islamik dari segi, saya solat dan tak minum arak. Ya. Tapi saya tak ada hak, untuk paksa orang lain untuk solat dan tak minum arak. Sekarang mmm...ialah...islamik dari segi hal, kita akan benarkan kelas diadakn di dalam masjid. Kita akan benarkan pembinaan gereja dan kuil-kuil, tanpa gangguan diserang oleh pihak pentadbiran, seperti yang kita lihat pada masa lalu. Tiada soalan mengenai perobohan kuil hindu. Itu, pada saya adalah lebih Islamik dan sepatutnya lebih adil dan saksama.

JM : Bagaimana dengan isu undang-undang syariah? Apakah pendirian anda mengenainya?

DSAI : Kita dah perjelaskan. Undang-undang syariah telah dilaksanakan, pada isu kekeluargaan, ia telah diadakan, bukan itu saja, ia perlu diperbaiki, hakim-hakim mahkamah Islamik perlu dilatih, dengan prosedur kod jenayah, mesti ada ruang untuk melakukan aduan dan pertikaian bagi orang Islam. Kita tak akan benarkan, orang bukan Islam dihukum oleh mahkamah Syariah. Orang bukan Islam mesti diberi kebebasan untuk dihukum di mahkamah Sivil. Jadi, undang-undang Syariah hanya untuk undang-undang keluarga orang Islam. Dan dalam beberapa isu lain yang disenangi oleh orang Islam, tanpa melanggar hal-hal lain.

JM : Berbalik pada tahun-tahun lepas, melihat pada kacamata hari ini, 2008, mengapa Dr Mahathir bertindak menentang anda, semasa dalam kerajaan.

DSAI : Isunya pada masa itu, adalah kerana korupsi, nepotisme, kronisme, isunya pada masa itu, adalah berkenaan pentadbiran yang adil dan kebertanggungjawaban. Dan terdapat beberapa benda yang saya tidak bersedia untuk lakukan, termasuk menyelamatkan anak-anaknya yang mana saya tak mahu lakukan, secara umumnya rakyat Malaysia sedari hal itu. Dan sekarang sudah tentu dia akan katakan, saya pro Yahudi dan sesuai untuk jadi Perdana Menteri Israel. Jadi saya kata dia telah dimaafkan. Saya tak berniat untuk berbuat benda yang sama. Biarlah dia buat apa yang dia mahu.

JM : Anda katakan tadi Mahathir ini korup, atau telah lama korup, tapi adakah anda sebahagian daripada kerajaan ketika itu?

DSAI : Ya, jika anda tahu Mahathir, anda akan menyedari pada 1997, saya memperkenalkan perundangan yang ketat, Akta Anti-Korupsi. Itu adalah satu daripada isu-isu besar. Mengapa saya perkenalkannya? Kenapa saya sangat menekankannya? Mengkaji Suruhanjaya Korupsi di Hong Kong dengan teliti adalah kerana saya menyedari bahawa korupsi semakin menular. Semakin banyak anugerah dan kontrak diberi kepada anak-anak dan kaum keluarga Mahathir. Bila saya perkenalkan akta itu, ia telah menjadi. Perang besar antara saya pemimpinan (Mahathir). Ini salah satu sebabnya mengapa saya dikecam. Jadi untuk katakan tiada sebarang tindakan itu tidak benar, lihat pendirian saya pada suruhanjaya bebas, malah saya telah membuat kenyataan di hadapan ketua hakim, bahawa dia perlu memahami undang-undang. Bukannya setakat kenal-kenal seorang hakim.

JM : Apakah yang anda akan katakan pada orang yang mempertikaikan kerajaan pimpinan anda hanyalah seperti UMNO lagi satu?

DSAI : Saya liberal demokrat? Orang ramai boleh menganggap macam-macam. Tetapi kita di sini komited kepada satu agenda. Dan tidak akan 'patah balik'. 6 tahun dipenjarakan, telah banyak mengajar saya. Kita jadi matang dalam tempoh itu. Anda tahu mandat yang diberikan adalah mandat untuk perubahan. Bukanlah mandat untuk mengulangi, pendekatan cara UMNO. Tiada soalan lagi tentang Malaysia yang demokratik. Tiada soalan lagi tentang Badan Kehakiman Bebas, tiada soalan lagi tentang kebebasan media dan polisi yang adil, polisi sosial ekonomi untuk semua rakyat Malaysia.

JM : Anda punyai perbezaan dengan polisi ekonomi Mahathir, dia cuba untuk meminggirkan IMF tapi masih dapat menyelamatkan Malaysia daripada kegawatan ekonomi Asia. Jadi dia ada ukuran yang berjayakan?

DSAI : Isu IMF tak pernah timbul langsung. Ia telah dibuat, tidak ada langsung saya sebagai Menteri Kewangan inginkan IMF. Kita tidaklah seteruk kes di Indonesia, Thailand atau Korea Selatan, untk ambil jalan menggunakan IMF. Tetapi saya telah lakukan sedikit perubahan sebagai seorang Menteri Kewangan, melihat masalah kewangan ketika itu. IMF itu adalah, alasan oleh Mahathir untuk mengalihkan perhatian umum daripada korupsi besar dan salah guna kuasa. Bagaimana anda ukur sesuatu kejayaan itu dengan baik? Anda ukur pada tempoh pertengahan prestasi ekonominya. Dan anda akan ketahui selepas itu, selepas kejayaan awal jika dibandingkan dengan Indonesia, ia sangat teruk sekali. Indonesia dengan peruntukan, kekuatan ekonomi, pelaburannya adalah jauh di bawah Malaysia waktu itu. Jadi untuk membezakannya memanglah jauh berbeza sekali. Tetapi apa yang penting dalam fikiran saya, semua negara ini, Korea Selatan sudah melebihi kita (Malaysia), Thailand telah berjaya distabilkan, distabilkan ekonominya. Indonesia di dalam beberapa perkara, telah melepasi Malaysia, dalam FDI, dalam mendapatkan keyakinan. Malaysia tidak dapat bergerak melebihi tahap itu.

JM : Anda beritahu mengenai ekonomi Malaysia tadi pada awal temuramah ini, apakah pandangan anda mengenai halatuju Malaysia ketika ini?

DSAI : Sekarang saya ulangi. Pertama kita sudah hilang daya saing. Pada 1990-an, dengan banyak masalah, Malaysia masih berada pada no 1 dari segi FDI ( Pelaburan asing), no 1 dari segi pertumbuhan ekonomi, No1 dari segi daya saing di ASEAN. Sekarang dari segi FDI ( Pelaburan Asing), pertumbuhan (ekonomi), daya saing, kita sudah kalah. Kita sangat teruk dari segi kebebasan media. Kita sangat teruk dari segi badan kehakiman bebas dan korupsi. Ini juga bermaksud, kita perlukan perubahan. sekarang kita perlu bersaing, dengan jayanya untuk tarik pelaburan asing (FDI). Malaysia bukanlah sebuah negara yang tidak diketahui, di mana ia boleh berdiri terus hanya dengan pelaburan domestik (dalam negara). Kita perlukan banyak sokongan, memberikan keyakinan tinggi di kalangan negara jiran. Rakan di Australia, New Zealand, Eropah, Amerika, China, supaya dapat melihat Malaysiasebagai destinasi menarik untuk FDI (Pelaburan Asing).

JM : Apakah anda mempercayai polis dan tentera?

DSAI : Tentera ini, dikenali sepanjang sejarah sebagai pasukan yang lebih profesional, dan saya tidak ada alasan untuk mencurigai mereka. Tetapi polis telah dipergunakan sejak era Mahathir lagi, dipergunakan oleh pihak yang memerintah. Tetapi, saya juga rasakan banyak polis senior sedang meningkat lebih professional dalam pengendalian masalah (kes).

JM : Datuk Anwar, terima kasih kerana meluangkan waktu, diharap kita akan bertemu lagi.

DSAI : Terima kasih.


Tau Takpe

11:42 AM Cabaran besar menunggu BN pada sidang baru Parlimen

Oleh kelantankini

"a
SELEPAS sebulan setengah berakhirnya pilihan raya umum ke-12, esok para wakil rakyat yang dipilih bagi peringkat parlimen akan memulakan sidang pertamanya bagi penggal kedua belas.

Persidangan yang dijadualkan selama 16 hari itu dijangka akan menjadi perbahasan ‘panas’ ekoran pertambahan wakil rakyat yang mewakili pembangkang atau Pakatan Rakyat.

Pada pilihan raya umum lalu seramai Pakatan Rakyat yang diwakili PAS, PKR dan DAP memenangi sebanyak 82 kerusi parlimen berbanding 20 pada penggal lalu, di mana pecahannya adalah PKR 31 kerusi, DAP (28) dan PAS (23).

Persidangan Dewan Rakyat kali ini mencatat sejarah apabila pihak pembangkang telah memilih seorang wakil rakyat wanita sebagai Ketua Pembangkang iaitu Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Apa yang lebih menarik ialah buat pertama kalinya dalam sejarah sejak 50 tahun (sejak merdeka), parti pemerintah tidak memperoleh majoriti 2/3 pertiga di Dewan Rakyat.

Tambah menarik lagi semua presiden atau ketua parti dari Pakatan Rakyat kini berada di Dewan Rakyat. Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang (Ketua Pembangkang penggal lalu).

Dengan suara yang agak besar ini diharap banyak isu nasional dan isu melibatkan rakyat bawahan di samping isu melibatkan penyelewengan parti pemerintah dapat diketengah dan diperbahaskan dengan berkesan.

Tambahan pula ramai wakil rakyat dari PR adalah terdiri daripada pemimpin muda yang mempunyai kemampuan dalam mengupas setiap isu yang akan dibangkitkan nanti.

Tentunya persidangan kali ini amat dinanti-nantikan lebih-lebih lagi selepas tsunami politik yang melanda BN pada pilihan raya lalu ditambah pula dengan kesudian pihak RTM yang ber’murah hati’ (sebenarnya kedekut) memperuntukkan masa 30 minit (saja) secara langsung setiap hari persidangan untuk tatapan rakyat.

Inilah masanya rakyat yang menjadi pengundi melihat peranan wakil rakyat pilihan mereka sebelum ini.

Mereka boleh melihat sejauh mana keupayaan dan tingkah laku wakil rakyat masing-masing sama ada pembangkang mahu pun kerajaan.

Selamat bersidang buat semua wakil rakyat!

kelantankini.com"

7:25 PM PERAK: 5 SYARAT UNTUK JADI KETUA KAMPUNG.

SYARAT 1- BOLEH MENJADI IMAM

Untuk menjadi Ketua Kampung, seseorang mestilah boleh memimpin dalam solat atau menjadi imam yang baik kerana Menteri Besar yang baru (Ir. Mohammad Nizar) boleh menjadi Imam dalam solat (lengkap zikir dan doa selepas solat).

SYARAT 2- BOLEH BERKHUTBAH (BUKAN SETAKAT MEMBACA KHUTBAH)

Untuk menjadi Ketua Kampung, seseorang mestilah boleh berkhutbah sebelum solat Fardu Jumaat dan solat sunat Hari Raya kerana Menteri Besar boleh berkhutbah dan bukan setakat membaca teks khutbah.

SYARAT 3- BOLEH MEMBERI CERAMAH

Untuk menjadi Ketua Kampung, seseorang mestilah boleh memberi ceramah seperti Maulidur Rasul, Israk dan Mikraj dsb kerana Menteri Besar boleh memberi ceramah.

SYARAT 4- BOLEH MEMIMPIN TAHLIL

Untuk menjadi Ketua Kampung, seseorang mestilah boleh memimpin tahlil hingga selesai lengkap dengan doanya sekali kerana Menteri Besar boleh memimpin tahlil.

SYARAT 5- BOLEH MEMIMPIN BACAAN TALKIN

Untuk menjadi Ketua Kampung, seseorang mestilah boleh memimpin bacaan Talkin untuk orang yang meninggal dunia kerana Menteri Besar boleh memimpin bacaan Talkin dan bukan setakat membacanya sahaja.

6:22 PM Nama Anwar Ibrahim terus disebut oleh teman dan lawan

 Rencana saya ini, sekadar menambah maklumat dan mengukuhkan sumber. Mudah-mudahan memanfaatkan rakyat Malaysia, terutama generasi muda.

Tidak keterlaluan, jika dikatakan nama "Anwar Ibrahim" memang ada keramat dan berlaser.

Nama "Anwar Ibrahim" sudah mula meniti bibir masyarakat di luar Malaysia, terutama ke negara-negara Islam di Asia Tenggara, Asia Tengah, Asia Barat, Afrika, termasuk dalam kumpulan masyarakat Islam di Eropah dan Amerika Syarikat, seawal 1970-an.

Populariti nama Anwar Ibrahim, sejurus selepas tokoh karismatik muda ini menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) pada awal 1970, dan memimpin gerakan tersebut sehingga beliau menyertai kabinet Malaysia (Barisan Nasional) pada 1982.

Malahan, tiga pelajar Rusia yang mendalami Bahasa Melayu di Universiti Malaya pada 1970/72, misalnya, Tatiana, turut mengaku mengikuti perkembangan tokoh muda Islam yang bernama "Anwar Ibrahim" sejak di Rusia lagi.

Senarionya begini: Sebelumnya, sehingga akhir 1973 (?) di Malaysia, kaum perempuan Melayu jarang-jarang kelihatan menutup aurat (kepala/rambut) di luar rumah. Yang kebiasaan dilihat hanya melilitkan selendang di leher atau meletakkan di bahu kiri atau kanan.

Kalau pembaca tidak percaya, sila cari dan teliti gambar-gambar emak, opah, nenek kita sebelum tahun 1975, memang tidak bertudung!

Di sekolah jauh sekali. Guru-guru perempuan, murid dan pelajar belum kelihatan memakai tudung, sehinggalah selepas 1974.

Saya mendapat tahu ketika "Brother" Anwar Ibrahim menjadi Pengarah Yayasan Anda, iaitu pusat tuisyen yang beribu pejabat di Jalan Pantai, Kuala Lumpur mulai 1974, beliau memastikan pelajar perempuan bertudung.

Dalam Abim pula, Anwar dan AJK terus berdakwah mengenai, antara lain, perlunya perempuan menutup aurat (bertudung).

Malah, barisan kepemimpinan Abim melarang pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Anwar sendiri, dikatakan jika 'terpaksa' membawa AJK perempuan di dalam keretanya "volkwagen" kuning, maka perempuan itu mesti duduk di belakang, dan Anwar jadi drebar!

Seterusnya, aktiviti dakwah dan penerangan mengenai Islam Abim, yang turut didukung sama oleh gerakan al-Arqam, pada awal 1970-an juga, menyebabkan pada 1980-an, sehingga 70 peratus guru, murid dan pelajar perempuan Melayu atau pelajar Islam lainnya bertudung semasa di sekolah.

Budaya bertudung dalam kalangan ibu, pekerja sektor awam dan swasta pula turut menyusul menjadi lumrah. Sehinggakan pada pertengahan 1990-an, segelintir perempuan Melayu yang tidak memakai tudung di luar rumah, dianggap "orang asing" di bumi Malaysia!

Kini, hanya segelintir pemimpin wanita, terutama Umno yang "anti tudung" (siapa? Anda tahu kan). Kumpulan yang bernama "Sisters in Islam" pula nampaknya terang-terang menentang pakaian yang menutup aurat.

Justeru, pengaruh Anwar Ibrahim dalam usaha mempraktiskan ajaran Islam menjadi perbualan orang Islam di merata tempat di dunia.

Orang luar atau pelancong yang berada di Malaysia sedar kewujudan budaya bertudung dalam kalangan guru, pekerja, murid, pelajar perempuan, kerana pengaruh Abim pimpinan Anwar Ibrahim. Siapa ingin menafikan?

Malah, ada yang memberitahu saya, "Anwar jatuh cinta pandang pertama terhadap Dr. Wan Azizah Ismail (kini Datin Seri) bukan pada mata Dr. Wan Azizah tetapi pada tudung beliau yang putih bersih. Sebersih hatinya ketika membalas cinta Anwar selepas dua bulan sejak kali pertama berkenalan di Hospital Universiti Malaya".

Apabila Anwar menjadi ahli Umno pada Mac 1982, berita tersebut heboh ke seluruh dunia Islam kerana selama ini orang menyangka Anwar jadi ahli Pas, sebab beliau begitu rapat dengan Presiden Pas, (allahyarham) Ustaz Fadhil Nor.

Dalam Umno, kejayaan demi kejayaan mendadak Anwar (kemudian Datuk Seri Anwar Ibrahim -DSAI), terus mempopularkan DSAI di seantero dunia.

Daripada Menteri ke Timbalan Perdana Menteri: Pemidato yang karismatik, pemimpin Islam, pemimpin belia, tokoh pendidikan, tokoh ekonomi, tokoh politik yang memancar di Asia, menjadi bualan di merata tempat dan negara.

DSAI dipilih oleh majoriti perwakilan Pemuda Umno untuk memimpin pergerakan Pemuda Umno pada September 1982 denagn slogan "Undi untuk Perubahan".

Namun, secara senyap musuh atau mereka yang mencemburui "populariti" DSAi terus tumbuah, subur dan bercambah!. Dalam gembira atau ketika bersalaman, DSAI sebenarnya terus menambah musuh dan detik untuk dijatuhkan!

Kumpulan VIP lain dalam Umno dan BN boleh disanggah DSAI. Tetapi, akhirnya, apabila mentornya sendiri - PM Datuk Seri Dr Mahathir mengepalai "fitnah" dan "keazaliman" terhadapnya, DSAI tidak mampu bertahan... Walaupun sering diungkapkannya; "lawan tetap lawan"

Dan akhirnya DSAI "dijatuhkan" pada 1997/98, hingga merengkuk enam tahun di dalam penjara Kajang dan Sungai Buluh, angkara fitnah dan kezaliman Mahathir dan konco2nya.

Maka, DSAI kkehilangan jawatan, kuasa, dan pendapatan sejak menyertai UMno, 1982-1998.

Sesungguhnya, tindakan zalim ini pun, tambah mempopularkan nama "Anwar Ibrahim" walaupun terpaksa mengharung kesedihan, kemarahan, penderitaan dan mungkin kekesalan. Kita yakin, DSAI, sebagai pejuang terbilang, pasti tabah sentiasa!

Teman setia dan penyokong DSAI pun tidak melupai beliau. Kita maklum, betapa ratusan ribu, malah jutaan orang Islam dan bukan Islam juga , yang bersimpati terhadap Anwar, lantas mendoakan kesejahteraan beliau.

Di Malaysia, di Indonesia, di Pakistan, di India, di Iraq, di Iran, di Mekah, di Madinah, dan banyak tempat di merata dunia, ratusan ribu orang bersolat hajat memohon kepada Allah agar melindungi dan menunjukkan kebenaran di pihak Anwar.

Pada 2004, DSAI bebas selepas enam tahun merengkuk di dalam penjara. Isteri, anak-anak, sanak saudara, sahabat, pengikut, kenalan, menyambut kepulangan DSAI dengan air mata gembira bersama "harapan baharu".

Sekali gus, rakan, penyokong, malah "pemuja" DSAI semakin bertambah banyak.

Namun, kerana Umno dan Barisan Nasional masih berkuasa, DSAI semacam tidak mendapat peluang mencari rezeki di tanah air sendiri. Malah DSAI dilarang aktif dalam politik kecuali selepas 14 April 2008.

Kasihan, sejak dipecat, DSAI juga "disekat "mencari makan di tanah air sendiri. Keadaan memaksa DSAI "mencari rezeki" di luar negara-- sebagai profesor pelawat, dan memberi ucapan.

Hebatnya DSAI, beliau turut dilantik menganggotai beberapa badan ekonomi dan hubungan antarabangsa di Amerika Syarikat dan di Asia Barat.

"Orang popular dan jujur sentiasa laku di mana-mana", bisik sahabat kepada saya, sewaktu mengiringi pemergian DSAI ke luar negara.

Sesungguhnya, nama "Anwar Ibrahim" meledak terus! Selepas kokok ayam jantan pada awal subuh 9 Mac 2008, sah nama "Anwar Ibrahim" meledak bagai halilintar membelah bumi Malaysia, Asia dan dunia.

Walhal, 30 jam sebelumnya nama "Datuk Seri Anwar Ibrahim" diperli, dihina dan cuba "dilenyapkan" dalam arena politik Malaysia oleh BN, termasuk oleh beberapa sahabat beliau yang pernah mengasaskan PKR.

Insya-Allah, nama "Anwar Ibrahim" selepas September 2008 dan menjelang PRU-13 (2013?), turut memancarkan nama isteri beliau YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail, dan anak sulung mereka, YB Nurul Izzah Anwar.

Dengan kehendak Allah, jika "ledakan" ini benar terjadi, pastilah nama "Mahathir" dan "Abdullah Badawi", hatta "Najib" bakal dipadam di persada politik Malaysia, yang sekali gus memercikkan lagi nama keramat "Anwar Ibrahim", beserta "Dr. Wan Azizah", dan "Nurul Izzah Anwar" ke seluruh dunia, sebagaimana ditakdirkan.

Sebab? Sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Datin Seri Dr, Wan Azizah Ismail, bakal bertahta di Putra Jaya, dalam tempoh tersebut.

Sekadar impian atau ilusi? Yang pasti sejak dua tiga hari ini Datuk Seri Mohd Najib Razak dan kalangan pemimpin Umno/BN pun makin bercakap banyak mengenai "pakatan rakyat membentuk kerajaan pusat"....

Nama "Anwar Ibrahim" dan kini nama "Wan Azizah Ismail" mengganggu tidur barisan pemimpin tertinggi Umno/BN

Sila tunggu dan lihat! "Rajawali" .. yang dfipenjara besi...pasti terbang bertemu langit.. ", antara bait-bait sajak nukilan sahabat karib DSAI, W. S. Rendra, penyaer tersohor kelahiran Pulau Jawa.

6:08 PM Isu "Negara Islam": DAP dan PKR mahu ketepikan PAS?

Oleh Tarabulsi_2008

" Setelah DAP kini PKR pula menolak negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Dr Wan Azizah ketua PKR beberapa hari yang lepas dilaporkan telah mengatakan negara Islam tidak praktikal kerana negara ini berbilang kaum. Pernah juga terdengar hujah seumpamanya dari Dr. Mahathir dan orang-orang UMNO. Adakah kita sedang melihat 'early signal' atau tanda-tanda awal dari DAP dan PKR bahawa mereka sebenarnya tidak senang dengan PAS dan tidak benar-benar setuju dengan Pakatan Rakyat yang dicadangkan oleh Presiden PAS, Tok Guru Tuan Haji Hadi Awang?

Saya harap kita orang-orang PAS akan membaca artikel oleh penulis "super_saiya" bertajuk "Realpolitik Melayu Islam" yang telah disiarkan di Tranung Kite pada awal pagi Ahad ini, 27 April 2008. Saya berpendapat perkara-perkara yang dibangkitkan oleh "super-saiya' itu adalah relevan. Saya setuju dengan pendapat "super_saiya" bahawa PKR "banyak bergantung kepada jentera-jentera golongan 'Mustad'afin' Pas semasa PRU baru-baru ini..." Saya ingin memetik satu soalan yang "super_saiya" mengutarakan yang saya kira amat relevan - "Mengapa Dr Wan Azizah, Anwar Ibrahim dan pengikutnya tidak beritahu awal-awal sebelum PRU, Beritahu sahaja kuat-kuat, terang-terang dan jelas bahawa 'KeAdilan mahu pertolongan jentera, bantuan pengikut PAS, tetapi kami KeAdilan berpendapat perjuangan kamu sia-sia kerana perjuangan Islam tidak relevan dalam negara 'multi-racial' ini'?

Saya ingin petik satu lagi soalan dari "super_saiya" yang saya kira relevan kepada kita orang-orang PAS merenungkan ia-itu: "Adakah kali ini atas dasar 'kemaslahatan' Pakatan Rakyat, maka PAS sekali lagi menjadi anak dara yang ditolak mentah-mentah?".

Saya juga setuju dengan pandangan "super_saiya" ia-itu : "Kalau tidak dimuhasabah, catatan sejarah akan tertulis, bahawa PAS bakal menjadi satu lagi gerakan Islam menjadi tunggangan. Lihat Mesir ketika Jamal Abdul Nasir dan Ikhwan, Indonesia sebelum ini. Belajar dari sejarah".

Mungkinkah PKR dan DAP sudah membuat perkiraan dengan Ahli-Ahli Parlimen BN di Sabah dan Sarawak melompat ke PKR (atau juga DAP) maka mereka boleh memperolehi simple majority di Parlimen tanpa PAS. Dan mungkinkah serangan oleh DAP dan PKR terhadap PAS sebenarnya adalah detik-detik permulaan untuk mereka tendang PAS ketepi. "Build up the political climate and excuse to drop PAS" - wujudkan suasana dan helah sekarang ini supaya senang nanti bagi DAP dan PKR untuk mengugurkan PAS.

Adakah isu "negara Islam" antara beberapa lagi isu yang akan diada-adakan nanti oleh DAP dan PKR untuk mengugurkan PAS sebaik saja Ahli-Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak lompat masuk PKR dan DAP yang membolehkan mereka mendirikan kerajaan pusat tanpa PAS?

Tengku Razaleigh Hamzah telah akui potensi Anwar Ibrahim yang instrumental dalam penubuhan UMNO di Sabah untuk menarik kesemuanya Ahli-Ahli Parlimen dari Sabah itu menyeberang ke PKR.

Dan jangan ketepikan kemungkinan Anwar Ibrahim sedang juga secara senyap-senyap memujuk pemimpin-pemimpin PAS seperti Ibrahim Ali untuk lompat ke PKR. Dalam politik semuanya mungkin berlaku. Dulu lawan sekarang boleh jadi kawan, dan dulu kawan sekarang boleh jadi kawan atas landasan political expediency.

Kepimpinan PAS juga jangan lupa bahawa Anwar Ibrahim dan kebanyakkan pemimpin PKR terdiri dari bekas UMNO - orang-orang yang keluar dari 'tong taik'. Baka UMNO sudah tentu sebanyak sedikit masih tersemat benci mereka terhadap PAS.
Kalau BN sekarang ini ambil berat terhadap khabar-khabar angin kononnya akan ada Ahli-Ahli Parlimen BN yang akan melompat ke PKR atau DAP, maka ssya kira kepimpinan PAS elok juga ambil berat kemungkinan bila political equation berubah dengan DAP dan PKR bertambah kuat dan tidak memerlukan PAS, maka mereka akan sepak PAS ketepi. Buat kata Dr Mahathir - "cut off a bad leg".

Saya harap kemungkinan PAS digugurkan (dan dengan itu telah diperdayakan sebagai kuda tunggangan) oleh DAP dan PKR tidak akan berlaku. Niat saya menimbulkan kemungkinan tersebut hanyalah agar kepimpinan PAS berhati-hati. Ingat dulu apa berlaku waktu PAS menyertai BN, waktu Allahyarham Hj Asri Muda. Ingat apa kesudahanya Barisan Alternatif (BA) yang juga disyorkan oleh PAS.

Berhubung dengan usaha PKR untuk mengatur Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan BN lompak ke PKR, adakah ini suatu amalan yang sihat dan adil atau pun ianya sesuatu yang boleh dikategorikan sebagai taktik kotor?

Bukankah pengundi-pengundi di kawasan-kawasan pilihanraya yang berkenaan di sabah telah memberi kepercayaan mereka kepada BN? Kalau benar-benar prihatin terhadap kehendak rakyat kenapa dianiayai pula kehendak rakyat yang mahukan BN di sabah dengan memancing wakil-wakil yang mereka pilih masuk PKR? Timbul soal samada PKR punyai nilai-nilai dan etika yang murni atau lebih kepada Machiavelli - sama seperti Dr Mahathir. InsyaAllah saya akan menulis tentang ini dengan lebih sedikit dalam suatu artikel dalam masa terdekat ini.

Akhir kata, kekuatan PAS yang saya kira mendapat keredhaan Allah SWT adalah memperjuangkan Islam yang termasuk objektif PAS untuk mendirikan negara Islam. Dalam hal ini saya kira PAS jangan melakukan political expediency dengan mengenepikan perjuangan negara Islam demi memperolehi "immediate and limited political gains".

Kita perlu beristiqomah dalam perjuangan kita untuk mendirikan negara Islam agar terus memperolehi keredhaan Allah SWT. Yang penting adalah keredhaan Allah SWT. Saya yakin kalau kita terus beristiqomah untuk mendirikan negara Islam itu maka suatu hari nanti Allah SWT akan memakbulkan hajat kit itu. Mungkin dalam waktu terdekat ini Allah SWT akan mewujudkan suasana di Malaysia yang membolehkan PAS mendirikan daulah Islamiah tersebut.

Saya ingat lagi peringatan yang diberikan beberapa tahun dahulu kepada saya oleh seorang Duta Besar salah sebuah negara Arab yang dianggap para alim ulamak di negara beliau. Apabila beliau ketahui saya ahli PAS secara sembunyi-sembunyi dan beliau memang sudah sedia maklum parti PAS itu memperjuangkan negara Islam di Malaysia, beliau telah mengingatkan saya agar beristiqomah dan jangan paling ke belakang dalam memperjuangkan Islam dan negara Islam itu.

"The moment you turn your back to Allah, then Allah will turn His back to you," kata Duta Besar yang dianggap alim ulamak di negar beliau itu.

Duta besar itu terus mengingatkan - "Remember my brother, if Allah wish something to happen, all He needs to do is say - Kun Fayakun - be and it shall be. So, do not despair, InsyaAllah sooner or later Allah will enable the Islamic party in Malaysia to win. Our Muslim ummah is suffering now - Iraq, 911 - but the Muslim ummah must not despair. We shall lose many battles to the kafir, but insyaAllah we will win eventually. Remember the crusade wars covered a few centuries, and it took almost a century after the Christians captured Jerusalem before Salahuddin Al Ayubbi or Saladin as the west called him recaptured it for the Muslims. This is but just the beginning...we may suffer reverses now, ..but victory will eventually be to the Muslims. This is a war on Islam and we must fight against these enemies of Islam who even have the cheek to tell us how to practice our religion. It might be difficult to imagine how we can win because our enemy are equipped with nuclear weapons and the most advance weapons, but if Allah so wills it, all their sophisticated weapons will be reduced to nothing, become useless..remember brother - La haulawala quwata illa billah and kun fayakun."

Allahu Akbar !!! Allahu Akbar !!! Allahu Akbar !!!

2:31 PM PAS sokong usaha memperkasakan BPR

Kenyataan Media Oleh DS Haji Abdul Hadi Awang

 PAS menyokong usaha pihak kerajaan dalam memperkasakan agensi pencegahan rasuah negara, BPR dengan menstrukturnya semula menjadi sebuah suruhanjaya bebas. Bagi PAS keberkesanan menangani rasuah sesungguhnya tidak terletak semata-mata pada nama atau status tetapi yang lebih penting adalah keikhlasan dan keimanan para petugasnya dan kerajaan yang memerintah serta perlaksanaan yang menepati maksudnya yang sebenar.

PAS merasakan apa yang telah dibentuk dan diasaskan oleh Islam lebih 1400 tahun dahulu merupakan contoh terbaik dalam usaha memerangi dan membenteras rasuah, dan model Islam ini jauh lebih dahulu dari model-model semasa termasuklah apa yang terdapat di Hong Kong pada hari ini. Islam telah menanam asas memelihara masyarakat dan pemimpin dari rasuah bukan hanya dengan memperkenalkan peraturan dan undang-undang tetapi dimulakan dengan menanam kepercayaan kepada Tuhan yang melihat dan mengetahui segala-galanya. Islam membentuk masyarakat dan pemimpin sehingga menyedari bahawa perlakuan dan jenayah rasuah tidak hanya akan berakhir di dunia semata-mata tetapi pesalahnya akan turut dihukum di Hari Akhirat kelak.
Bagi PAS sebarang usaha memerangi rasuah mestilah bermula dengan pemerintah yang bersih. Jika parti pemerintah itu sendiri dibebani dengan penyakit rasuah dan mereka pula dipilih melalui amalan rasuah, maka adalah mustahil untuk memberikan kepercayaan kepada mereka ini untuk memerangi rasuah dalam erti kata yang sebenar.

PAS telah berjaya membuktikan corak dan sistem pemerintahan yang bersih dari rasuah di Kelantan, sejak 1990 hingga kini, dan di Terengganu antara tahun 1999-2004. Insyallah kita akan memperkenalkan model yang sama ini, yang kita yakini dapat diterima oleh semua dinegeri-negeri Pakatan Rakyat dalam usaha melahirkan masyarakat dan pentadbiran yang bersih dan bebas dari rasuah.


22 April, 2008

DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
Presiden
Parti Islam Se Malaysia (PAS)

2:30 PM Pak Lah tangguh pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang.

22 April, 2008 10:59 AM


KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang telah ditangguhkan berikutan masalah untuk mendapatkan tanah yang sesuai, reka bentuk yang terbaik dan kos pembinaan yang meningkat.




"Ada beberapa perkara yang telah melewatkan pembinaannya. Pertama, dari segi untuk mendapatkan tanah yang diperuntukkan untuk pembinaan jambatan berkenaan.

"Kedua, perkara yang berkaitan dengan reka bentuk yang perlu dipastikan ia adalah reka bentuk yang terbaik dan perkara yang ada hubung kait dengan kos yang mana sekarang ini mungkin ada perubahan disebabkan harga dah naik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Kebudayaan Asean Eropah, di sini, Selasa.

Abdullah berkata demikian ketika ditanya mengenai sebab-sebab pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang dikaji semula di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).

Beliau juga menjelaskan bahawa selain daripada pembinaan jambatan ini, ada beberapa lagi projek yang sedang dikaji semula di bawah RMK9.

-- BERNAMA
____________________________________________________________________
ape kehai ni paklah....dah nyanyuk ka!!!!!!!!!1

2:25 PM SapA Glamer?



sapa glamer antara Mahathir, Siti Nurhaliza dan Ayah Pin,Anwar Ibrahim..kuikuiui

saja aku test kat google td... Bad Grin Bad Grin

borink xdak keja pa...ekekkee Mr. Green Mr. Green


2004-anwar ibrahim glamer
2005-ayah pin
2006-dato siti
2007-dato siti lagi
2008-anwar ibrahim



8:09 AM BPR Jadi Suruhanjaya Sepenuhnya?

Oleh muramatsu

 AgendaDaily melaporkan Abdullah Badawi mengumumkan akan menjadikan BPR sepenuhnya. Kononnya ia perlu untuk menambah keyakinan rakyat terhadap kerajaan PakLah memerangi rasuah.

Soalnya, apakah kelebihannya Suruhanjaya di sisi politik Abdullah Badawi, UMNO/BN?.



Padahal, soal asas ialah pemimpin berkepentingan dalam UMNO/BN lah yang merosakkan sistem yang diadakan, samada ia bernama BADAN …. atau SURUHANJAYA… atau WANG IHSAN atau WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR atau WILAYAH ISKANDAR dan sebagainya.

Pelik, Perdana Menteri seolah-olah SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR) itu bebas dari cengkaman politik dan kepentingan UMNO/BN.


Tindakan SPR mengadakan dan menarik balik peraturan duti stem dan membatalkan pengunnaan dakwat jari semasa PRU12 lalu, jelas menunjukkan walaupun ia bernama SURUHANJAYA, tetapi tindakannya tidak lain, menjaga kepentingan UMNO/BN.


Yang mengherankan pula, sikap pengerusi SURUHANJAYA itu sendiri ketika mengumumkan keputusan PRU12 lalu. Paling teruk apabila pengerusi berkenaan menggunakan perkataan “monkey” kepada pihak yang menegurnya. Tak taulah kalau “monkey” itu dimaksudkan kepada UMNO/BN yang selalu “mengacau” kerjanya manipulasi data pendaftar pemilih.

Memang eloklah ada usaha untuk membetulkan BPR, cumanya SPR mesti dibetulkan juga. Bukan BPR saja yang rakyat tidak yakin, SPR lagilah rakyat tidak yakin. Kenapa pula Abdullah Badawi/Khairy/UMNO/BN tidak faham rakyat tidak yakin kepada SPR walaupun ia bernama SURUHANJAYA! juga, sehinggakan rakyat kena mengadu kepada Yang di Pertuan Agung?.


Apa ada pada nama, kalau tindakan dan kelakuannya untuk diperkuda demi kepentingan tamakkan harta dan kuasa segelintir penguasa dan hartawan ciptaan UMNO/BN.

muramatsu

United Kingdom

7:50 AM NEGARA BARU KER NI!!!!!!!






siap ada org duk pi bergambaq lg...tu yg x thn tu....

8:42 PM Sepoi Apek jeles karen

Oleh zul4kulim

a

Di atas permintaan ramai, saya perkenalkan moto kesayangan saya... Kawasaki Vulcan 500cc(CBU). Saya beli betoi-betoi hari kelahiran anak sulong saya Aqila Zulaiqha 23.03.1995..tengah hari saya beli malam dia join kita kat dunia fana' ni..hehehe..Tu yang saya sayang moto ni. So far tak meragam sangat.. takat JB, KB dah berkenjah sampe..


Tapi anak bini saya dah pueh meronda. Cume isteri kesayangan saya Maimun sekarang ni kureng sikit nak bermotor dengan saya..sejak-sejak saya terbawak laju sikit pada satu ketika dolu-dolu..aisey..kasi chan lah brader. Bawak moto 500cc takat 5-60km sejam sakit tengkok darr..

Anak saya yang bongsu Aisya Zafira tiap pagi sure ikut saya hantaq abang dia Azrul Muqmin ke sekolah agama rakyat Al Islah AU2 Keramat.

Tapi anak saya Amirul Muqmin dah booking awai-awai ni moto dia..peh.. saya ingat Sepoi Apek jeles karen kot..

Zulkifli Noordin

a

YB, motosikal ni ke yang akan digunakan YB ke parlimen?
bravo!

8:38 PM Teori R.A.H.M.A.N dan Anwar Ibrahim

Oleh jnull

"Hanya sekadar mengusik ....

Berikutan dari beberapa artikel yang ditulis berkaitan Teori Bagaimana Dato' Sri Anwar Ibrahim boleh menjadi PM sebelum ini, maka teringat kembali saya tentang teori R.A.H.M.A.N yang saya fikir ramai yang telah tahu mengenainya..


TEORI R.A.H.M.A.N

R = Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
A = Tun Abdul Razak
H = Tun Hussein Onn
M = Tun Dr Mahathir Mohamad
A = Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
N = Apakah ini Najib Tun Razak ..??????????

Apakah teori ini sedang menuju kebenarannya ??

Ini Ulasan Saya ..!!

Benarkah R.A.H.M.A.N ditulis begitu atau sepatutnya ditulis begini .. R.A.H.M.A.A.N ??? (ada dua A selepas M.!!)

cuba perhatikan dalam ucapan basmalah itu pada huruf mim bila dibaca dengan tajwid hendaklah dibaca 2 harakat dan ini bermakna bila di tulis dalam rumi hendaklah dituliskan dua "A" bagi menunjukkan ianya panjang sedikit bacaannya.

Jadi teori saya adalah :-

R = Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
A = Tun Abdul Razak
H = Tun Hussein Onn
M = Tun Dr Mahathir Mohamad
A = Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
A = Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
N = Apakah ini Dato’ Seri Najib Tun Razak ..??????????

Maka mengikut teori saya wajarlah jika Dato' Seri Anwar akan menjadi PM.

Selepas Anwar apakah Najib ...???

Ianya tetap akan menjadi persoalan .. dan di dalam pengetahuan ALLAH jua yang MAHA MENGETAHUI !!

Tapi setelah melihat pada situasi sekarang saya fikir tidak mungkin Dato’ Seri Najib .., biarpun ditakdirkan Dato’ Seri Najib berpaling tadah kepada BR. Beliau akan tetap diingati sebagai orang yang banyak berbuat salah kepada Rakyat … jadi persoalannya siapa selepas Anwar.. ???

Yang paling menariknya sekarang ini, didalam kemelut perlantikan MB dinegeri-negeri pada saya yang paling menonjol dan berjaya ialah IR Mohammad Nizar bin Jamaludin, (Terengganu menonjol juga, tapi dari segi DERHAKA kepada Sultan)Jika sebelum ini beliau hanya dikenali oleh pemimpin-pemimpin PAS dan sebahagian penyokong PAS tetapi senario politik sekarang telah menonjolkan beliau sebagai seorang pemimpin negeri, dengan berlatarbelakangkan pendidikan yang cemerlang, akhlak yang mulia dan kerjaya (bisnes) yang mantap dan Insyaallah (dengan izin tuhan) akan menjadi pemimpin yang berkaliber dan amanah maka tidak keterlaluan pada saya jika beliau layak menjadi PM selepas Anwar.

Mungkin akan ada yang pertikai MB Perak ini namanya bermula dengan Muhammad tapi sila perhati nama PM pertama bukankah bermula dengan Abdul.

Maka jika pembukaannya begitu sepatutnyalah penutupnya juga begitu ..

Maka dengan itulah lengkaplah teori R.A.H.M.A.A.N yang mana ianya dimulakan oleh U.M.N.O dan diakhirkan oleh PAS.

Apakah kesudahan selepas RAHMAAN??

Kebiasaannya sifat AR-RAHMAAN ini akan beserta dengan sifat AR-RAHIIM..,

dan di sini saya suka merujuk bahawa RAHIIM ini akan merujuk kepada sebuah pemerintahan ISLAM yang akan diterajui oleh ulamak-ulamak, yang mana perlembagaannya adalah AL-QURAN dan AS-SUNNAH.

Maka di situ nanti dengan sifat yang MAHA PEMURAH dan MAHA PENYAYANG, kita akan lihat sebuah negara yang dilimpahi dengan berkat, umat Islam (Melayu,Cina,India dan bangsa lain) akan dimuliakan dan dipandang tinggi, yang non-muslim akan hidup aman dan makmur serta bebas berkat keadilan yang ada didalam Islam.


*PERINGATAN*

Tulisan di atas hanyalah teori semata-mata,

Sesungguh ALLAH lah yang MAHA MENGETAHUI di atas setiap sesuatu sama ada yang telah atau yang akan datang.

Kita Merancang ALLAH yang menentukan.. kerana ALLAH lah jua sebaik-baik perancang..!!

Dengan sifat AR-RAHMAN NYA maka diberi rezki dan nikmat kepada siapa saja tanpa mengira bangsa dan agamanya,samada taat atau derhaka kepadanya.
Tetapi untuk mendapatkan AR-RAHIIM NYA hendaklah tunduk,patuh taat dan dekat dengan ALLAH.

Wallahua’lam.
"

8:36 PM Warkah DARAH Buat Pak Lah

Oleh Truckster

"a
Apabila orang Sabah (terutama yang beragama pagan) telah menggunakan darah sebagai tanda protes bermakna nyawa merekalah yang menjadi pertaruhannya. Maka jangan sampai Spirit of Borneo menjadi tragedi. Jangan sampai ‘Head Hunter’s spirit’ menghantui Pak Lah kerana tindakan tidak endahnya selama ini, menganiaya dan tidak menghiraukan rakyat bawahan yang tertindas. Mereka bangkit bersatu menyuarakan hak dan keadilan di Daerah Kunak Panas berkenaan tanah mereka dirampas!




Para Pekebun Kecil di Skim Pekebun Kecil Tingkayu Kunak telah sebulat suara untuk menghantar Warkah Berdarah Buat Pak Lah setelah bosan dengan karenah birokrasi Kerajaan Barisan Nasional yang gagal berfungsi untuk menjaga hak asasi mereka terhadap tanah yang mereka usahakan.


Walau berkajang surat dihantar, lebih 40 laporan polis dibuat dan beratus aduan rasmi difailkan, namun Kerajaan Barisan Nasional yang diterajui Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menafikan hak mereka sebagai warganegara.Menurut Fasal 13 Perlembagaan Persekutuan, tidak ada pihak yang boleh merampas harta melainkan melalui undang-undang dan tidak ada undang-undang yang boleh merampas hak melainkan melalui pampasan.Namun, Syarikat Kerjasama Perkembangan Tanah Tingkayu Berhad (SKPTTB) telah bertindak merampas tanah yang mereka usahakan di Skim Pekebun Kecil Tingkayu Kunak dengan bantuan Kerajaan Barisan Nasional yang telah meluluskan geran kepadaSKPTTB berdasarkan permohonan tanah yang telah dibatalkan Setiausaha Hasil Bumi.
Wakil Pekebun Kecil telah melafazkan Sumpah Di Bumi Sabah dengan melaungkan dengan penuh semangat sumpah keramat mereka yang berbunyi, "Kami bersumpah dengan darah, demi tanah, pantang menyerah.""Kami terpaksa menghantar Warkah Berdarah Buat Pak Lah setelah semua cara menemui jalan buntu. Kami harap Pak Lah faham dan menyelesaikan masalah kami dengan apa juga cara," ujar Yabi Mositoh @ Alex yang sanggup mengorbankan darahnya untuk menulis warkah kepada Pak Lah.Bagaimanapun warkah berkenaan tidak akan dikirimkan kepada Pak Lah sebaliknya diberikan hak penyiaran eksklusif kepada Malaysia Today dan akan dikirimkan kepada Youtube untuk tontonan manusia sejagat bahawa rakyat tempatan di Sabah ditindas kerana tanah mereka dirampas disebabkan rasuah telah menjadi raja yang memerintah.
Credits To: Malaysia-today

http://www.apasaje.com/"

8:32 PM Selangor FM ke Angkasapuri

Oleh Dr. Sulaiman Masri

Jumaat, 18 April, 2008, Selangor FM ke udara di studio Wisma Radio@Angkasapuri, Jalan Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Disahkan, bilik operasi Selangor FM di Tingkat 4 Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah @SUK, Shah Alam, dikosongkan mulai pagi ini, dan selesai Isnin, 21 April. Datuk Ahmad Shabery Cheek, peneraju kementerian penerangan pasca Datuk Zainuddin Maidin, pasti lega kerana antara arahan sulungnya lewat 'kuasa seorang menteri', dipatuhi staf "didikan" Shah Alam agar berpindah ke ruang baharu WR@Angkapuri, tepat waktunya.

"Kita akan dapatkan tempat lain yang sesuai untuk menempatkan Radio Selangor FM. Yang pasti kita akan terus menghampiri hati rakyat Selangor menerusi Radio Selangor FM", antara ungkapan autoritatif Ahmad Shabery ketika acara di Nilai, 12 April.

Yang kita maklum, tindakan Selangor FM segera dipindah ke Kuala Lumpur, ekoran surat YAB Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim, 3 April, yang "...memohon diwujudkan satu slot khas supaya YAB Dato' Menteri Besar dan YB. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dapat memberi penerangan mengenai program, polisi dan pembangunan kepada masyarakat negeri Selangor.."

Surat Tan Sri Khalid ringkas dan jelas. Tiada penjelasan atau justifikasi lanjut mengenai keperluan "ke udara" setiap hari ke? seminggu beberapa kali ke?, atau liputan khas ke udara semasa mesyuarat mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Ahmas) ke?

Sehubungan itu, kita tidak berhasrat memperkatakan andaian siapa untung siapa rugi. Yang pasti, Tan Sri Khalid sudah memohon slot berkenaan menerusi surat dan lisan.

Tan Sri Khalid kini "ketua" kerajaan negeri Selangor. Mungkin, kerajaan pusat menerusi Datuk Shabery "buat-buat" tidak mengenal beliau?

Tempat operasi Tan Sri Khalid selaku Menteri Besar, dan semua Ahmas pun di bangunan yang menempatkan bilik Selangor FM. Cuma berlainan tingkat.

Sebagai "tuan ampunya kerajaan negeri" yang baharu, Tan Sri Khalid sedia memberi "ihsan" kepada Selangor FM untuk beroperasi di bangunan SUK. Hal sama diberi oleh "tuan ampunya kerajaan negeri Selangor" yang terdahulu hingga "penamatan kuasa secara luar jangka" menjelang fajar awal 9 Mac.

Jika kerajaan Datuk Seri Khir diberi slot atau liputan oleh Selangor FM, maka sewajarnya kerajaan Tan Sri Khalid pun mendapat hak yang sama.

Dua ketua kerajaan negeri Selangor sama-sama dipilih menerusi pilihan raya. Bezanya, cuma berlainan parti dukungan.

Mungkin kerana berlainan parti dukungan, menyebabkan Datuk Ahmad Shabery "dipaksa" menafikan hak ketua kerajaan Selangor daripada Parti Keadilan Rakyat/PKR, manakala ketua kerajaan negeri sebelumnya ahli parti yang menguasai kerajaan pusat.

Atau, Datuk Ahmad Shabery tersinggung kerana Tan Sri Abdul Khalid pernah tercakap, jika Selangor FM tidak memberi slot khas, maka Selangor FM wajarlah beroperasi di premis berasingan.

Memang kurang sopan jika Selangor FM, yang sebumbung dengan operasi kerajaan negeri sekarang, tidak membalas ihsan dengan pemberian slot yang diminta. Tentu pakatan PKR, PAS, DAP ikhlas untuk menyebar dasar dan maklumat demi faedah rakyat Selangor yang memilih kerajaan sekarang, dan diterajui Tan Sri Khalid.

Jika diteliti ruang lingkup persoalan, ternyata Datuk Shabery kurang matang membuat keputusan, dengan mendadak memindahkan operasi Selangor FM ke Kuala Lumpur.

Dalam suasana parti dukungan beliau tuduh menuduh mencari punca kemerosotan sokongan pada PRU-12, di samping kerancakan badan bukan kerajaan Melayu (NGO) membahas soal perpaduan dan ketuanan Melayu, Ahmad Shabery sepatutnya bijak menggunakan suasana agar "bulu ayam yang tercarik dapat dicantum semula".

Walhal jika beliau bertemu dan berbincang dengan Tan Sri Khalid, mungkin hasilnya "sama-sama menang", dan keikhlasan bekerjasama mewujudkan perpaduan Melayu berjaya dirintis antara dua tokoh Melayu daripada dua parti yang berbeza..

Malang, Datuk Shabery, pemimpin muda parti kerajaan pusat, walaupun sebelumnya pendukung PAS yang setia, namun kerana sudah terpaut dengan budaya "tunjuk kuasa" maka, lantas YB kelahiran Terengganu ini terlupa konsep "budi bicara" dalam pentadbiran politik mahupun pentadbiran awam.

Namun, Datuk Shabery masih boleh membuktikan yang Umno/BN masih memiliki sikap ihsan dengan membuat liputan dan laporan yang "seimbang" diudarakan Selangor FM.

Jika Selangor FM masih menyiarkan berita yang mengandungi unsur pembohongan, terutama cuba melecehkan pentadbiran kerajaan sekarang, awas! Rakyat Selangor sudah tahu sangat dan meluat terhadap gelagat dan perbuatan tidak ikhlas kalangan pemimpin Umno/BN.

Majoriti rakyat Selangor kini semakin mengagumi kepakaran, ketelusan, kebolehan dan kebertanggungjawapan kalangan pemimpin Pakatan Rakyat pimpinan YAB Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim.

Sehubung dengan perpaduan Melayu, perlu diingat, dalam keadaan sekarang, perpaduan Melayu kemungkinan dapat 'pulihkan' menerusi dua pilihan sahaja: satu, ajakan "bersatu dalam Islam sebenar" bukan Islam hadhari; atau, kedua, bukan ajakan kembali bersatu untuk mengukuhkan Umno.

Cakap-cakap adanya usaha Umno dan PAS intim kembali pun bukan mudah menjadi realiti. Pengalaman pahit -pedih PAS bersama Umno dalam Perikatan pada 1970-an, tentunya mengukuhkan sikap dan tindakan berhati-hati di pihak PAS agar pemimpin parti yang konsisten dalam perjuangan ini, tidak mudah memihak terhadap "bujukan demi perpaduan Melayu" daripada parti yang kini berkeadaan lemah, @Umno.

Konsep "ketuanan" Melayu pula, sebenarnya sudah wujud kukuh dalam institusi kesultanan Melayu. Raja atau sultan merupakan "tuan" Melayu. Kaum-kaum lain yang menjadi warga Malaysia, termasuk daripada komponen Pakatan Rakyat dan parti komponen dalam BN, sudah akur dengan kedudukan institusi kesulatanan Melayu yang tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu/Malaysia.

Amat jelik @ kolot jika ada pemimpin Umno yang masih bertempik, yang mereka "tuan" Melayu, atau "satu-satunya parti yang boleh diharap membela bangsa Melayu". Takbur!

Wallahualam.

8:01 PM Lim Guan Eng & Umar Abdul Aziz

Oleh hembusan

" Semenjak saya mengetahui bahawa Lim Guan Eng pernah dipenjarakan kerana mempertahankan nasib seorang gadis Melayu, sungguh-sungguh saya katakan bahawa saya agak berminat untuk mengikuti perjalanan politik beliau. Lebih-lebih lagi apabila beliau membuat kenyataan bahawa dia mahu mencontohi pentadbiran Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang sangat adil dan saksama itu.

Kini saya sudah jadi Ketua Menteri dan saya berazam akan mengotakan janji saya untuk menjadi Umar Abdul Aziz... ...dulu semasa saya di penjara, antara orang yang kerap mengunjungi saya ialah Dato' Fadhil Noor (Al Marhum Presiden PAS). Dan dialah yang membekalkan kepada saya buku-buku berkaitan Islam, termasuk satu buku tentang Umar Abdul Aziz. Bermula dari situ saya kenal tokoh yang hebat ini.

Tentunya kenyataan Lim Guan Eng ini akan dipandang sinis dan prejudis oleh sesetengah orang. Sama ada apa yang beliau nyatakan itu benar-benar ikhlas atau sekadar satu topeng bagi menutup sebuah agenda yang tersembunyi, kita berusaha dan bertawakal sahajalah agar negara kita ini dipimpin oleh mereka yang betul-betul telus dan jujur pada rakyatnya.

Tidak dinafikan bahawa wujud juga seketika sedikit rasa prejudis di hati saya terhadap Lim Guan Eng. Namun saya berusaha memadamkan rasa prejudis itu apabila saya memikirkan bahawa kalau Allah hendak beri hidayah, musuh nombor 1 Islam seperti Umar al-Khattab pun akhirnya menjadi pejuang Islam yang sangat disegani. Apatah lagi Lim Guan Eng yang tidak pernah memusuhi Islam itu. Prejudis adalah ibarat api yang menghanguskan ikatan perpaduan manusia yang berlainan bangsa mahupun di kalangan bangsa yang sama.

Sedangkan orang Amerika, British dan banyak lagi masyarakat dunia boleh menjadikan Mahatma Gandhi sebagai idola, walaupun mereka berlainan bangsa dan agama, maka adakah sesuatu yang mustahil jika Umar Abdul Aziz akan benar-benar menjadi idola kepada Lim Guan Eng ketika mentadbir Pulau Pinang?

Apapun, jangan gaduh-gaduh sangat tentang siapa yang memerintah negara. Yang paling penting, biarlah orang yang memimpin kita itu adil, amanah dan tidak zalim kepada sesiapa. Satu petikan yang saya kutip dari blog A Kadir Jasin ini, amat bermakna untuk kita semua renung dan fikir.
Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan niat baik sentiasa dalam keredaan Allah, tetapi sesiapa yang lupakan niat, khianat dan tamak akan dimurkai Allah, akhirnya menjadi hina. Kalau orang Melayu (yang) beragama Islam mengkhianati bangsa, negara dan agama, Allah akan gantikan (dengan) bangsa lain yang beragama Islam (bagi) menjaga tanah air kita."

(Daripada buku Sheikh Abdullah Fahim Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara 13 Ogos '57 oleh Mokhtar Petah, Pustaka Antara 1997).

Untuk sesiapa yang tidak tahu, Sheikh Abdullah Fahim adalah salah seorang ulama besar Tanah Melayu dan telah menjadi mufti pertama di Pulau Pinang. Beliau juga merupakan datuk kepada Pak Lah.


----------------------------------------------------------------------------------------------
NB: Sebagai nota tambahan, sebahagian ulama berpendapat bahawa jumlah khalifah ar-Rasyidin adalah seramai 5 orang, iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib dan Umar bin Abdul Aziz. Sebagai nota peribadi pula, Umar bin Abdul Aziz adalah tokoh yang paling sangat saya sanjungi di antara kelima-lima orang itu.

Artikel asal Lim Guan Eng dan Umar Abdul Aziz.

7:55 PM Pembangkang berpecah di Selangor?

Oleh ABDUL YAZID ALIAS

PELABUHAN KLANG 20 April - Rakyat Selangor diseru supaya bersatu dan bersedia menghadapi kemungkinan perpecahan dalam pakatan pembangkang yang diwakili oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP yang ketika ini memerintah negeri ini.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Noh Omar berkata, pakatan ketiga-tiga parti berkenaan terlalu 'rapuh' dan tidak berada pada landasan atau matlamat yang sama untuk menerajui negeri itu.

Katanya, keadaan sedemikian jelas dilihat pada pilihan raya umum lalu dengan penggunaan simbol masing-masing dan bukannya berpegang kepada satu simbol seperti Barisan Nasional (BN).

Malah, tiada satu parti pun termasuk BN sendiri berjaya mendapatkan kemenangan majoriti untuk menubuhkan kerajaan negeri yang memerlukan 29 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Menurutnya, Selangor kini diperintah sebuah kerajaan yang lemah kerana tiga parti itu sebenarnya, mempunyai ideologi berbeza dan hanya bergabung untuk membentuk kerajaan negeri semata-mata.

"Kita tahu Pas yang bercakap tentang negara Islam tetapi DAP sudah beri amaran kepada Pas jangan lagi cakap mengenai perkara itu.

''PKR pula terdiri daripada pelbagai kaum dan kita tidak tahu bagaimana mereka akan membela antara satu dengan lain termasuklah menjaga kepentingan orang Melayu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis kesyukuran bersama persatuan penduduk dan persatuan teksi di Pelabuhan Klang di sini hari ini.

Noh yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO menambah, sekiranya satu parti dalam pembangkang itu keluar daripada pakatan mereka, kerajaan Selangor yang ditadbir mereka akan runtuh.

''Kalau Pas keluar daripada pakatan, mereka akan tinggal 28 kerusi saja kerana PKR hanya mempunyai 15 kerusi manakala DAP hanya 13 kerusi.

"Sekiranya DAP keluar, lagi hancur kerajaan negeri kerana mereka akan hanya tinggal 23 kerusi, lagilah mereka tidak boleh memerintah," jelasnya.

Beliau turut menyeru setiap ahli UMNO supaya kembali dan menghayati semangat generasi terdahulu yang ditunjukkan pada tahun 1946 yang sentiasa bersatu walaupun pada ketika itu masyarakat Melayu berada dalam serba kemiskinan, tiada kemajuan dan buta huruf.

Katanya, semangat perpaduan sedemikian perlu diterapkan kepada generasi hari ini kerana ia terbukti telah membawa perubahan kepada orang Melayu dahulu menentang penjajahan.

"Semangat sedemikian perlu ada pada setiap ahli UMNO dan orang Melayu pada masa ini kerana tanpa ahli yang bersatu padu, tiada siapa pun yang boleh menjadi pemimpin atau bangsa yang hebat,'' ujarnya.

Katanya, sekiranya pemimpin datang dari langit sekali pun, tetapi jika ahli tidak bersatu padu, pemimpin dan keseluruhan masyarakat tidak akan berjaya.

utusan
-----------------------------------------------------------------------------------------------

memang Pembangkang berpecah di Selangor, sebab yang jadi pembangkang d slgr ialah umno/BN. Kerajaan Pakatan Rakyat tak berpecah.kekekeke

11:02 AM PAS bantah keras filem anti Islam Belanda

Oleh ROSLAN SHAHIR

 Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang merakamkan bantahan sekeras-kerasnya terhadap sebuah filem Belanda terbitan Geert Wilders bertajuk "Fitna" yang jelas memberikan gambaran buruk terhadap Islam dan menghina al Quran dan Nabi Muhammad saw. Filem tersebut turut menggambarkan Islam sebagai sebuah agama yang ganas.

Dato Seri Tuan Guru merasakan filem yang tidak bertanggungjawab ini akan mencetuskan ketegangan antara masyarakat Islam dan bukan Islam dunia dan dengan itu mengesyorkan agar ianya tidak ditayangkan lagi.

Presiden PAS turut menyeru Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), negara-negera Islam dan NGO serta badan dan petubuhan Islam lainnya mengenakan tekanan ke atas Belanda agar bertindak terhadap penerbit filem ini dan meyakinkan dunia Islam bahawa tindakan biadap seumpama ini tidak berulang lagi.

Tambah Dato Seri Tuan Guru, PAS menghormati kebebasan berkarya, namun ia perlu ada had dan batasan, dan dalam hal filem Belanda ini ia ternyata tidak menghormati sensitiviti agama Islam dan penganutnya yang kini merupakan hampir separuh penduduk dunia.

29 Mac 2008

ROSLAN SHAHIR BIN DATUK MOHD SHAHIR

Setiausaha Akhbar Presiden

Parti Islam Se Malaysia (PAS)

9:58 AM Kenali Menteri Besar anda(KELANTAN)


MB Kelantan – Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Nama: Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Tahun Lahir: 1931
Tempat Lahir: Pulau Melaka
Status: Berkahwin dengan Tuan Sabariah Tuan Ishak dan memperolehi 10
cahaya mata (5 lelaki & 5 perempuan). Kesemua anak-anaknya mengambil
jurusan agama sebagai pilihan utama.

Pendidikan:

 Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan). – 1936
 Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian.
 Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu.
 Universiti Deobond, India – 1952.
 Lahore, Pakistan – Ilmu Tafsir Quran – 1957.
 Universiti Al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
 Universiti Al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam.

Penguasaan Bahasa:

 Melayu
 Inggeris
 Tamil
 Urdu
 Arab

Pekerjaan:

 Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor.
 Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.
 Penyelia Kelas Dewasa – KEMAS.
 Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.

Politik:

 1967 – Daftar sebagai ahli PAS.
 1967-1969 -Pilihanraya Kecil – Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
 1969-1974 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
 1974-1978 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kawasan ini ditukar nama kepada Parlimen
Pengkalan Chepa).
 1978-1982 – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
 1982-1986 - Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
 1986-1990 – Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan.
 1990-Sekarang – Menteri Besar Kelantan.

Kesimpulan Jawatan Politik:

 19 Tahun Sebagai Ahli Parlimen.
 4 Tahun Sebagai Ahli DUN.
 Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Menteri Besar Kelantan Selama 16
Tahun.
 Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Wakil Rakyat DUN dan Parlimen
Selama 39 Tahun.

9:51 AM Kenali Menteri Besar anda(KEDAH)


MB KEDAH – USTAZ HAJI AZIZAN BIN ABD. RAZAK

UMUR : 64 TAHUN

PENDIDIKAN:
 MAKTAB MAHMUD, ALOR SETAR (1966)
 SARJANA MUDA SYARIAH UNIV. AL-AZHAR 1972,
 M.PHIL IN LAW.DEPT OF LAW UNIV. OF KENT
CANTERBURY ENGLAND 1978

PENGALAMAN KERJAYA:

 PENSYARAH KETUA JABATAN SYARIAH UKM
 PENGARAH URUSAN HARAKAH
PEKERJAAN SEKARANG:
 PESARA PENSYARAH/ PESARA ADUN
JAWATAN DALAM PAS:
 AHLI JAWATANKUASA PAS PUSAT
 PESURUHAJAYA PAS KEDAH
 YANG DIPERTUA PAS YAN

PENGLIBATAN NGO:

 AJK PERSATUAN BEKAS PELAJAR MELAYU TIMUR TENGAH
 AJK PERSATUAN FALAK SYARIE MALAYSIA
 AHLI PERSATUAN SYARIAH ASIA TENGGARA (SOUTH EAST ASIA ASSOCIATION)

PENGALAMAN ANTARABANGSA:

 MUKTAMAR AL-HAJ ANJURAN ALL INDIAN IRANIAN ASSOCIATION NEW DELHI,
INDIA
 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA DI 1st ASEAN SYARIAH ADMINISTRATION
CONFERENCE WORKSHOP, MANILA (1983)
 PERSIDANGAN GERAKAN ISLAM SEDUNIA, TURKI (1995)
 PERSIDANGAN ISLAM SEDUNIA, LUNMAM (2001)
 CONFERENCE OF SOUTH EAST ASIA ISLAMIC LAW, MANILA

HASIL PENULISAN ANTARABANGSA:

 DIRASAH HAWLA AT TASHRIQ AL ISLAMI, TERBITAN KEMENTERIAN HAL EHWAL
AGAMA ISLAM FILIPINA.
 INTRODUCTION TO ISLAMIC LAW JURISPRUDENCE, TERBITAN OFFICE OF
MUSLIM AFFAIR AND CULTURAL COMMUNITIES, QUEZON CITY, FILIPINA, 1986
 SYARIAH, ADAT AND COMMAND LAW AMONGST THE MARANOAS OF SOUTHERN
PHILIPPINES: AND EXPLORATORY AND COMPARATIVE STUDY, TERBITAN
SOUTHEAST ASIAN STUDIES PROGRAM.
______________________________________________________________
...Ustz Senior sy LA noh kat MakTab MAhmUd...

7:21 PM SurAT Dr MazA mUfTi PerLiS

27hb. Mac 2008
Penerbit Buletin Utama TV3,
Sri Pentas
No.3 Persiaran Bandar Utama,
47800 Petalaing Jaya,
Selangor Darul Ehsan

Assalamualaikum wbt

Tuan,

KEPERLUAN BERITA YANG SAHIH LAGI BERSIH DARI SEBARANG
PROVOKASI


Islam menuntut agar setiap insan bersifat adil dalam semua perkara.
Kebencian, tidak puas hati dan permusuhan ke atas seseorang, atau
sesuatu golongan tidaklah membolehkan kita membuat laporan yang
tidak adil terhadap mereka. Firman Allah dalam Surah al-Maidah:
8:(maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua
sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi
menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap
sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan.
Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih
hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.
Dalam suasana negara sedang mengharungi kerencaman aliran politik dan
pemikiran pada mutakhir ini, saya mengharapkan agar sumber-sumber berita
sama ada TV, atau internet, akhbar dan seumpamanya bersifat adil dalam
menyiarkan sesuatu berita. Sampaikanlah berita yang benar sekalipun
mengenai pihak yang berbeza aliran dengan kita. Jauhi unsur-unsur
prasangka dan provokatif. Janganlah kita mengulas secara negatif setiap
berita pihak yang kita tidak bersetuju dengannya. Biarlah rakyat yang
matang membuat penilaian setelah mendapat maklumat yang sahih. Jika
tidak, para penyiar akan menjadi sumber fasik yang membawa berita
bohong, atau melaga-lagakan antara manusia.
Sifat amanah dan telus dalam penyiaran berita adalah dituntut oleh agama
dan menjadikan penyiarnya itu lebih berwibawa, dihormati dan mendapat
kepercayaan umum.
Sekian,
DR. MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN
Mufti Kerajaan Negeri Perlis.