8:09 AM BPR Jadi Suruhanjaya Sepenuhnya?
Oleh muramatsu Soalnya, apakah kelebihannya Suruhanjaya di sisi politik Abdullah Badawi, UMNO/BN?. Padahal, soal asas ialah pemimpin berkepentingan dalam UMNO/BN lah yang merosakkan sistem yang diadakan, samada ia bernama BADAN …. atau SURUHANJAYA… atau WANG IHSAN atau WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR atau WILAYAH ISKANDAR dan sebagainya. Pelik, Perdana Menteri seolah-olah SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR) itu bebas dari cengkaman politik dan kepentingan UMNO/BN. Tindakan SPR mengadakan dan menarik balik peraturan duti stem dan membatalkan pengunnaan dakwat jari semasa PRU12 lalu, jelas menunjukkan walaupun ia bernama SURUHANJAYA, tetapi tindakannya tidak lain, menjaga kepentingan UMNO/BN. Yang mengherankan pula, sikap pengerusi SURUHANJAYA itu sendiri ketika mengumumkan keputusan PRU12 lalu. Paling teruk apabila pengerusi berkenaan menggunakan perkataan “monkey” kepada pihak yang menegurnya. Tak taulah kalau “monkey” itu dimaksudkan kepada UMNO/BN yang selalu “mengacau” kerjanya manipulasi data pendaftar pemilih. Memang eloklah ada usaha untuk membetulkan BPR, cumanya SPR mesti dibetulkan juga. Bukan BPR saja yang rakyat tidak yakin, SPR lagilah rakyat tidak yakin. Kenapa pula Abdullah Badawi/Khairy/UMNO/BN tidak faham rakyat tidak yakin kepada SPR walaupun ia bernama SURUHANJAYA! juga, sehinggakan rakyat kena mengadu kepada Yang di Pertuan Agung?. Apa ada pada nama, kalau tindakan dan kelakuannya untuk diperkuda demi kepentingan tamakkan harta dan kuasa segelintir penguasa dan hartawan ciptaan UMNO/BN. muramatsu United KingdomAgendaDaily melaporkan Abdullah Badawi mengumumkan akan menjadikan BPR sepenuhnya. Kononnya ia perlu untuk menambah keyakinan rakyat terhadap kerajaan PakLah memerangi rasuah.
Labels:
Politik
0 comments:
Post a Comment