6:08 PM Isu "Negara Islam": DAP dan PKR mahu ketepikan PAS?
Oleh Tarabulsi_2008
" Setelah DAP kini PKR pula menolak negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Dr Wan Azizah ketua PKR beberapa hari yang lepas dilaporkan telah mengatakan negara Islam tidak praktikal kerana negara ini berbilang kaum. Pernah juga terdengar hujah seumpamanya dari Dr. Mahathir dan orang-orang UMNO. Adakah kita sedang melihat 'early signal' atau tanda-tanda awal dari DAP dan PKR bahawa mereka sebenarnya tidak senang dengan PAS dan tidak benar-benar setuju dengan Pakatan Rakyat yang dicadangkan oleh Presiden PAS, Tok Guru Tuan Haji Hadi Awang?
Saya harap kita orang-orang PAS akan membaca artikel oleh penulis "super_saiya" bertajuk "Realpolitik Melayu Islam" yang telah disiarkan di Tranung Kite pada awal pagi Ahad ini, 27 April 2008. Saya berpendapat perkara-perkara yang dibangkitkan oleh "super-saiya' itu adalah relevan. Saya setuju dengan pendapat "super_saiya" bahawa PKR "banyak bergantung kepada jentera-jentera golongan 'Mustad'afin' Pas semasa PRU baru-baru ini..." Saya ingin memetik satu soalan yang "super_saiya" mengutarakan yang saya kira amat relevan - "Mengapa Dr Wan Azizah, Anwar Ibrahim dan pengikutnya tidak beritahu awal-awal sebelum PRU, Beritahu sahaja kuat-kuat, terang-terang dan jelas bahawa 'KeAdilan mahu pertolongan jentera, bantuan pengikut PAS, tetapi kami KeAdilan berpendapat perjuangan kamu sia-sia kerana perjuangan Islam tidak relevan dalam negara 'multi-racial' ini'?
Saya ingin petik satu lagi soalan dari "super_saiya" yang saya kira relevan kepada kita orang-orang PAS merenungkan ia-itu: "Adakah kali ini atas dasar 'kemaslahatan' Pakatan Rakyat, maka PAS sekali lagi menjadi anak dara yang ditolak mentah-mentah?".
Saya juga setuju dengan pandangan "super_saiya" ia-itu : "Kalau tidak dimuhasabah, catatan sejarah akan tertulis, bahawa PAS bakal menjadi satu lagi gerakan Islam menjadi tunggangan. Lihat Mesir ketika Jamal Abdul Nasir dan Ikhwan, Indonesia sebelum ini. Belajar dari sejarah".
Mungkinkah PKR dan DAP sudah membuat perkiraan dengan Ahli-Ahli Parlimen BN di Sabah dan Sarawak melompat ke PKR (atau juga DAP) maka mereka boleh memperolehi simple majority di Parlimen tanpa PAS. Dan mungkinkah serangan oleh DAP dan PKR terhadap PAS sebenarnya adalah detik-detik permulaan untuk mereka tendang PAS ketepi. "Build up the political climate and excuse to drop PAS" - wujudkan suasana dan helah sekarang ini supaya senang nanti bagi DAP dan PKR untuk mengugurkan PAS.
Adakah isu "negara Islam" antara beberapa lagi isu yang akan diada-adakan nanti oleh DAP dan PKR untuk mengugurkan PAS sebaik saja Ahli-Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak lompat masuk PKR dan DAP yang membolehkan mereka mendirikan kerajaan pusat tanpa PAS?
Tengku Razaleigh Hamzah telah akui potensi Anwar Ibrahim yang instrumental dalam penubuhan UMNO di Sabah untuk menarik kesemuanya Ahli-Ahli Parlimen dari Sabah itu menyeberang ke PKR.
Dan jangan ketepikan kemungkinan Anwar Ibrahim sedang juga secara senyap-senyap memujuk pemimpin-pemimpin PAS seperti Ibrahim Ali untuk lompat ke PKR. Dalam politik semuanya mungkin berlaku. Dulu lawan sekarang boleh jadi kawan, dan dulu kawan sekarang boleh jadi kawan atas landasan political expediency.
Kepimpinan PAS juga jangan lupa bahawa Anwar Ibrahim dan kebanyakkan pemimpin PKR terdiri dari bekas UMNO - orang-orang yang keluar dari 'tong taik'. Baka UMNO sudah tentu sebanyak sedikit masih tersemat benci mereka terhadap PAS.
Kalau BN sekarang ini ambil berat terhadap khabar-khabar angin kononnya akan ada Ahli-Ahli Parlimen BN yang akan melompat ke PKR atau DAP, maka ssya kira kepimpinan PAS elok juga ambil berat kemungkinan bila political equation berubah dengan DAP dan PKR bertambah kuat dan tidak memerlukan PAS, maka mereka akan sepak PAS ketepi. Buat kata Dr Mahathir - "cut off a bad leg".
Saya harap kemungkinan PAS digugurkan (dan dengan itu telah diperdayakan sebagai kuda tunggangan) oleh DAP dan PKR tidak akan berlaku. Niat saya menimbulkan kemungkinan tersebut hanyalah agar kepimpinan PAS berhati-hati. Ingat dulu apa berlaku waktu PAS menyertai BN, waktu Allahyarham Hj Asri Muda. Ingat apa kesudahanya Barisan Alternatif (BA) yang juga disyorkan oleh PAS.
Berhubung dengan usaha PKR untuk mengatur Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan BN lompak ke PKR, adakah ini suatu amalan yang sihat dan adil atau pun ianya sesuatu yang boleh dikategorikan sebagai taktik kotor?
Bukankah pengundi-pengundi di kawasan-kawasan pilihanraya yang berkenaan di sabah telah memberi kepercayaan mereka kepada BN? Kalau benar-benar prihatin terhadap kehendak rakyat kenapa dianiayai pula kehendak rakyat yang mahukan BN di sabah dengan memancing wakil-wakil yang mereka pilih masuk PKR? Timbul soal samada PKR punyai nilai-nilai dan etika yang murni atau lebih kepada Machiavelli - sama seperti Dr Mahathir. InsyaAllah saya akan menulis tentang ini dengan lebih sedikit dalam suatu artikel dalam masa terdekat ini.
Akhir kata, kekuatan PAS yang saya kira mendapat keredhaan Allah SWT adalah memperjuangkan Islam yang termasuk objektif PAS untuk mendirikan negara Islam. Dalam hal ini saya kira PAS jangan melakukan political expediency dengan mengenepikan perjuangan negara Islam demi memperolehi "immediate and limited political gains".
Kita perlu beristiqomah dalam perjuangan kita untuk mendirikan negara Islam agar terus memperolehi keredhaan Allah SWT. Yang penting adalah keredhaan Allah SWT. Saya yakin kalau kita terus beristiqomah untuk mendirikan negara Islam itu maka suatu hari nanti Allah SWT akan memakbulkan hajat kit itu. Mungkin dalam waktu terdekat ini Allah SWT akan mewujudkan suasana di Malaysia yang membolehkan PAS mendirikan daulah Islamiah tersebut.
Saya ingat lagi peringatan yang diberikan beberapa tahun dahulu kepada saya oleh seorang Duta Besar salah sebuah negara Arab yang dianggap para alim ulamak di negara beliau. Apabila beliau ketahui saya ahli PAS secara sembunyi-sembunyi dan beliau memang sudah sedia maklum parti PAS itu memperjuangkan negara Islam di Malaysia, beliau telah mengingatkan saya agar beristiqomah dan jangan paling ke belakang dalam memperjuangkan Islam dan negara Islam itu.
"The moment you turn your back to Allah, then Allah will turn His back to you," kata Duta Besar yang dianggap alim ulamak di negar beliau itu.
Duta besar itu terus mengingatkan - "Remember my brother, if Allah wish something to happen, all He needs to do is say - Kun Fayakun - be and it shall be. So, do not despair, InsyaAllah sooner or later Allah will enable the Islamic party in Malaysia to win. Our Muslim ummah is suffering now - Iraq, 911 - but the Muslim ummah must not despair. We shall lose many battles to the kafir, but insyaAllah we will win eventually. Remember the crusade wars covered a few centuries, and it took almost a century after the Christians captured Jerusalem before Salahuddin Al Ayubbi or Saladin as the west called him recaptured it for the Muslims. This is but just the beginning...we may suffer reverses now, ..but victory will eventually be to the Muslims. This is a war on Islam and we must fight against these enemies of Islam who even have the cheek to tell us how to practice our religion. It might be difficult to imagine how we can win because our enemy are equipped with nuclear weapons and the most advance weapons, but if Allah so wills it, all their sophisticated weapons will be reduced to nothing, become useless..remember brother - La haulawala quwata illa billah and kun fayakun."
Allahu Akbar !!! Allahu Akbar !!! Allahu Akbar !!!
Labels:
Politik
0 comments:
Post a Comment