8:23 AM 'Pakistan sedia guna peluru berpandu'
ISLAMABAD 21 April - Pakistan hari ini melancarkan peluru berpandu yang berupaya membawa kepala peledak nuklear serta mampu mengenai sasaran di seluruh India.
Islamabad berkata, kejayaan ujian itu menunjukkan ia bersedia untuk digunakan dalam peperangan pada bila-bila masa.
Pelancaran peluru berpandu Hatf VI yang turut dikenali sebagai Shaheen II itu merupakan yang pertama semasa latihan medan.
"Ia mengesahkan kumpulan peluru berpandu strategik yang dilengkapi dengan peluru Shaheen II sudah bersedia untuk operasi," tegas kenyataan pihak tentera.
Peluru berpandu itu mampu mengenai sasaran pada jarak 2,000 kilometer, jarak paling jauh di kalangan peluru berpandu negara ini yang mampu membawa senjata nuklear.
Ia mampu mengenai sasaran di India, Iran, Afghanistan dan Asia Tengah.
Ketua Tentera Laut Pakistan, Laksamana Muhammad Afzal Tahir mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terbabit dalam latihan itu "kerana berjaya melancar peluru berpandu yang menepati sasaran pihak tentera."
- AP
0 comments:
Post a Comment