12:13 PM TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanyadan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samadamereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujungkaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnyaseperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikandengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar danberdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran iniakan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadirantanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yanghanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tandaini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untukmempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atauditinggalkan sesudah mati. TANDA 40 HARI Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagianpusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulisnama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash AllahSWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingungseketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapikuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yangakan dicabutnya. TANDA 7 HARI Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yangdiuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makansecara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. TANDA 3 HARI Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengahdahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yangakan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagidan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh danini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk kedalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuhke depan dan sukar ditegakkan. TANDA 1 HARI Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akanmerasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. TANDA AKHIR Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satukeadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadahdan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untukmenjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak forward this buletin...may ALLAH SWT bless you. Saling berpesan2lah sesama kita........ .