11:38 AM Ustaz Akhil Hayy : Antara Cafe & Perjuangannya
Oleh reformasi_muda
"
Cafe Ustaz Akhil Hayy yang disiarkan setiap Selasa banyak mengubat kerinduan peminat ceramahnya seluruh negara. Mungkin kerana komitednya beliau dalam dakwah melaui rancangan itu membuatkan beliau kurang untuk berceramah di tempat umum.
Malah, semasa beliau berceramah sempena MAULIDUR RASUL pada 28 Mac 2008 di Masjid yang bertempat di Sitiawan, Manjung Perak beliau tetap dengan perjuangannya iaitu Membangun Bersama Islam. Kata beliau, ada jemputan berceramah, beliau akan pergi sekiranya tidak bertembung dengan jadual seninya.
Desas desus menyatakan yang beliau seolah-olah ke arah UMNO amat tidak relevan dan di sangkal oleh beliau. Beliau berkata beliau tetap bersama kepimpinan PAS dan terus Membangun bersama Islam. Cuma pendekatannya berbeza. Beliau hanya akan jadi penceramah bebas dan tidak akan bertanding dalam pilihanraya memandangkan beliau seorang penyanyi pendakwah dan peniaga.
Berbalik pada rancangannya iaitu Cafe Ustaz Akhil Hayy yang kian mendapat perhatian umum, rasanya sekalung tahniah wajar di ucapkan kepada beliau dan in-team record yang berdakwah melalui hiburan yang membawa anak-anak muda berjuang dan faham permasalahan yang boleh atau tidak dilakukan sebagai seorang Islam.
Pada mereka yang terus mempersoalkan kedudukan Ustaz Akhil Hayy, sudah-sudahlah fikir yang bukan-bukan terhadap beliau. Apa yang dijelaskan beliau pada malam itu dah cukup membuktikan perjuangannya tetap seperti dahulu. Kita seharusnya menyokong perjuangan beliau.
Labels:
Berita Dan Isu Semasa
0 comments:
Post a Comment