8:46 AM Chelsea pintas Arsenal
Tandukan Ricardo Carvalho lima minit selepas sepak mula di Stamford Bridge memberikan Chelsea permulaan yang baik tetapi mereka jelas gagal memastikan kemenangan mutlak apabila Shaun Wright-Phillips mensia-siakan dua peluang terbaik.
Chelsea nyata bernasib baik kerana pemain gantian Boro, Afonso Alves, turut terlepas tiga peluang keemasan. Dua rembatan pemain Brazil bernilai £12 juta (RM81.6) itu dinafikan tiang gol manakala peluang ketiga hadir apabila dia memperdaya benteng tetapi rembatannya tersasar.
The Blues kini mengumpul 71 mata daripada 32 perlawanan manakala United di depan dengan 76. Arsenal ketinggalan satu mata di belakang untuk tempat ketiga dan Boro kekal di tangga ke-12 dan masih belum selamat daripada zon penyingkiran.
______________________________________________________________________
<<..Go ChelsEa...Go ChelsEa..
Labels:
Berita Dan Isu Semasa
0 comments:
Post a Comment