8:43 AM Kedah kukuh cengkaman liga


CENGKAMAN Kedah di persada Liga Super bertambah kukuh selepas mengatasi DPMM FC 4-1 pada saingan Liga Super di Stadium Darulaman malam tadi tatkala Selangor terus menghambat.

Kedah yang kini mengumpul 47 mata selepas 19 perlawanan, hanya memerlukan dua minit untuk membuka tirai jaringan menerusi rembatan pemain sayap Badrol Bakhtiar daripada sebelah kiri pintu gol DPMM, hasil hantaran Fadly Bahrom.

Belum sempat pelawat bangkit, Badrol sekali lagi merobek gawang pelawat pada minit ke-29 apabila meledakkan sepakan kencang daripada sebelah kiri yang gagal diselamatkan penjaga gol DPMM, Mohd Wardun Yussof.

Selepas membantu Badrol menjaringkan gol pembukaan, Fadly mengambil giliran untuk gol ketiga tuan rumah pada minit ke-38 sebelum DPMM merapatkan jurang menerusi jaringan Didier Belibi, dua minit sebelum tamat babak pertama.

Tuan rumah melengkapkan kemenangan selesa menerusi Marlon Alex James pada minit ke-83.

---------------------------------------------------------------------------------------------------
<<PULUN KEDAH PULUN...KEDAH PANTANG KALAH>>>